B R U N E I r e s o u r c e sTM |
|
|
|   |
The BRUNEI resources Website ++ Brunei Leaders ++
|
  |   |
HAJI JEMAT AMPALPengenalan AWANG HAJI JEMAT BIN HAJI AMPAL memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang International Public Policy dari Universiti John Hopkins, Washington D.C., Amerika Syarikat pada tahun 1993. Sebelum itu, beliau berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Hons) dari Universiti Lanchaster, United Kingdom dalam tahun 1978. Sesuai dengan bidang kelayakan beliau; iaitu pendidikan dan perhubungan antarabangsa, beliau telah ditugaskan di Kementerian Pendidikan pada tahan 1978 - 1984 dan seterusnya dipindahkan ke Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri pada tahu 1984 - 1989. Sepanjang perkhidmatan beliau di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, beliau telah memperolehi banyak pengalaman dan pendedahan bukan sahaja di dalam malahan di luar negeri. Misalnya beliau pernah menjadi Timbalan Pengarah Politik (1989 - 1993), Setiausaha Sulit Laila Rahsia kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri (1996 - 1998) dan Pengarah Penyelidikan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (2000 - 22 Mei 2001). Di luar negeri pula beliau telah mendapat kepercayaan lalu dilantik menjadi Penolong Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, New York (1993 - 1996), Penolong Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu New York pada tahan 1993 - 1999; dan Duta dengan Tugas Khas dan Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, New York pada tahun 1998 - 2000. Seterusnya kerjaya beliau begitu terserlah sehingga beliau dilantik menjadi Pengarah Keselamatan Dalam Negeri mulai 23 Mei 2001, kemudian dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri mulai 24 Januari 2003, di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mulai Jun 2003 hingga sekarang. Atas jasa dan sumbangan beliau dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahi dengan bintang Seri Mahkota Brunei (SMB); Pingat Setia Bakti (PSB) dan Pingat Indah Kerja Baik (PIKB).
Sumber: Buku Program Seminar Sambutan Hari Kebangsaan ke-21 Tahun 2005 |
  |
|
(c) BRUNEIresources.com, 2005. All Rights Reserved.
|