B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++ Home | Brunei | His Majesty The Sultan | HRH The Crown Prince | Legislative Council | Government ++
++ Papers | Policy Speeches | Web Links | Financial Planning | Special EDP Program ++

TITAH
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
di Majlis Santap Malam sempena mengalu-alukan lawatan negara Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Hu Jintao
pada 20 April 2005 di Istana Nurul Iman.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil 'Aalameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

Ianya bukan sahaja satu kegembiraan untuk menerima Tuan Presiden ke Negara Brunei Darussalam, tetapi juga satu penghormatan.

Sejak bertahun lamanya, kerajaan dan rakyat Tuan Presiden telah menawarkan kepada beta dan keluarga beta serta juga rakyat beta yang terdiri dari pelbagai bidang sambutan selamat datang yang begitu mesra.

Untuk itu, beta bertitah bagi pihak rakyat beta mengatakan bahawa kami sangat gembira kerana berpeluang bersama tuan Presiden di sini dan cuba menawarkan apa yang kami boleh dengan membalas keramahan yang telah diberikan oleh negara Tuan presiden.

Beta ingin mengucapkan kepada Tuan Presiden Selamat Datang ke Negara Brunei Darussalam.

Kami berharap Tuan Presiden dan Puan Liu akan merasa gembira untuk tinggal di sini.

Dalam banyak cara, apabila kami berpeluang menerima pemimpin-pemimpin dari Republik Rakyat China, kami meniti semula sejarah kami sendiri.

Beratus-ratus tahun yang lalu, nenek moyang kami telah pergi ke Negeri China atas urusan negara.

Mereka dengan jelas berhasrat mengadakan hubungan perdagangan, perniagaan dan hubungan diplomatik.

Tetapi juga mereka menghasratkan sesuatu yang sangat berkesan di hati rakyat dan penduduk kami.

Inilah peluang untuk melihat keluar dan mengenali negara jiran dengan lebih dekat lagi dan untuk belajar tentang harapan dan cita-cita mereka.

Cara perjalanan kita untuk sampai sekarang mungkin telah berubah secara dramatik, tetapi motifnya adalah masih sama.

Sejak kita menubuhkan hubungan diplomatik pada tahun 1991, persahabatan kita telah mekar dengan baik dan mantap.

Kita telah memperdalam bidang kerjasama kita.

Kita sekarang berkongsi satu badan yang amat bernilai dalam bidang kerjasama rasmi.

Ia telah memberikan kita perkhidmatan yang cukup baik dalam banyak bidang yang penting daripada bidang pendidikan, kesihatan dan kebudayaan sehinggalah kepada bidang tenaga, pelancongan, perhubungan, pertahanan dan hal-ehwal perundangan.

Semua ini adalah sebagai tambahan kepada kerja-kerja penting hari ini iaitu pembukaan peluang-peluang perdagangan dan pelaburan yang baru.

Ianya telah ditubuhkan dalam semangat yang murni saling hormat-menghormati dan tujuan yang sama.

Kita menghormati dasar-dasar penting masing-masing dan kita bekerjasama dengan acara yang paling positif.

Beta sangat gembira bahawa perkara berkenaan akan lebih bermakna lagi dengan tertubuhnya Persatuan Persahabatan Brunei - China.

Beta juga sangat gembira bahawa tahun depan kita akan lebih bekerjasama dengan lebih rapat lagi sebagai rakan apabila Negara Brunei Darussalam menjadi negara penyelaras bagi Dialog ASEAN-China.

Tahun 2006 juga akan menandakan ulang tahun ke-15 kedua-duanya, dialog berkenaan dan juga penubuhan hubungan diplomatik negara kita.

Kita mengalu-alukan semua itu dengan minat yang tinggi.

Persahabatan tidak hanya bererti menghargai sesuatu untuk kepentingan diri sendiri.

Ia juga melambangkan perasaan kita terhadap rakan kita.

Dalam hal ini, beta ingin meyakinkan Tuan Presiden bahawa beta bagi pihak rakyat dan penduduk beta sangat mengagumi pencapaian yang telah dicapai oleh rakyat Republik Rakyat China.

Setiap kali beta mengadakan lawatan ke negara Tuan Presiden, beta sangat terpegun dengan perkembangan yang telah dibuat oleh rakyat negara Tuan Presiden dalam hampir pelbagai bidang kemajuan moden.

Beta mengucapkan tahniah setinggi-tingginya dengan cara mereka menangani kurun baru yang penuh dengan cabaran-cabaran yang sulit.

Mereka telah menunjukkan bahawa ianya dapat dikuasai oleh setiap sektor masyarakat.

Kami juga sangat mengagumi banyak kejayaan mereka dalam penyelidikan, perniagaan, teknologi, kesenian dan sukan.

Beta yakin bahawa apabila dunia bertemu di Beijing bagi Sukan Olimpik pada tahun 2008, ianya akan lebih meriah lagi dengan adanya perkembangan dan kemajuan negara Tuan Presiden serta ketinggian kemahirannya.

Olimpik berkenaan akan merupakan sumbangan China terhadap perdamaian, kegembiraan dan muhibah kepada rakyat dan masyarakat serta semua negara.

Kita mengucapkan syabas kepada Tuan Presiden dalam setiap persediaan bagi tempoh tiga tahun mendatang.

Semua itu adalah satu contoh yang terbaik kepada negara-negara yang sedang membangun dan beta mengucapkan tahniah bukan sahaja kepada rakyat dan penduduk Republik Rakyat China tetapi juga Tuan Presiden dan pemimpin-pemimpin China yang lain.

Beta juga mengucapkan terima kasih setinggi-tingginya kepada kerajaan Tuan Presiden kerana menerima tanggungjawab sebagai salah seorang pemimpin yang terpenting di rantau ini yang telah diterima dengan senang hati. Sama ada sebagai Ahli Tetap Majlis Keselamatan atau bahagian terpenting dalam banyak organisasi antarabangsa atau sebagai penyokong kuat inisiatif ASEAN. Tuan Presiden telah memainkan peranan yang positif dan membina dalam hal-ehwal rantau yang sama-sama kita kongsi ini.

Kami sangat menghargai perkara.

Sekali lagi beta mengucapkan terima kasih kerana memenuhi undangan beta untuk melawat ke sini.

Ia adalah satu penghormatan untuk menerima Tuan Presiden.

Beta berharap Tuan Presiden dan Puan Liu akan merasa gembira semasa berada di Negara Brunei Darussalam ini.

Beta juga berharap, sahabat-sahabat dan rakan-rakan dalam Republik Rakyat China akan terus berjaya dan mempunyai masa depan yang bahagia dan gembira.

Wabillahit Taufik Wal-hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(c) BRUNEIresources.com, 2005. All Rights Reserved.
Best viewed on Mozilla Firefox.
Website designed by Qasrun Nafis (Raw HTML & NotePad).
Background graphic 'jongsarat' designed by the late Musdi Gapar.