B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++ Home | Brunei | His Majesty The Sultan | HRH The Crown Prince | Legislative Council | Government ++
++ Papers | Policy Speeches | Web Links | Financial Planning | Special EDP Program ++

TITAH
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Santap Negara
sempena Lawatan Negara Tuan Yang Terutama Presiden Leonid Kuchma, Presiden Ukraine
di Istana Nurul Iman
pada 7 Mac 2004.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil 'Aalameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

Beta amat berbesar hati mengalu-alukan awda bagi lawatan julung-julung kali ke Negara Brunei Darussalam.

Adalah menjadi satu penghormatan menerima kedatangan awda.

Beta bersama-sama kerajaan dan rakyat beta menyampaikan salam hormat dan salam sejahtera kepada awda dan kerajaan serta rakyat Ukraine.

Sememangnya, awda begitu jauh dari negara awda.

Namun kami berharap kemesraan sambutan serta kegembiraan kami bertemu awda diharap membolehkan awda merasa seperti di tempat sendiri sepanjang berada bersama kami di sini.

Hubungan diplomatik terjalin hanya baru beberapa tahun.

Sedikit demi sedikit tahun-tahun tersebut berlalu membolehkan kita saling mengenali di antara satu sama lain, di samping mempelajari sedikit sebanyak mengenai kedua-dua buah negara dan rakyat kita.

Semuanya ini cukup menyenangkan kami.

Perkataan 'masyarakat antarabangsa' amat bererti sekali buat rakyat kami.

Seperti yang awda ketahui, tahun ini kami meraikan ulang tahun kedua puluh sejak kami mengambil alih semula kemerdekaan penuh kami.

Sepanjang tahun ini kami memperolehi begitu banyak dengan memainkan apa jua peranan sedaya upaya kami dalam ehwal antarabangsa.

Tetapi mungkin nilai terbesar sekali adalah kepuasan mendalam yang kami rasakan dengan bertemu orang-orang dari seluruh dunia, mengagih gagasan serta pengalaman dan paling penting sekali, mendapat teman-teman baru.

Banyak pelajaran kami perolehi darinya.

Paling penting sekali, ianya telah mengukuhkan salah satu keyakinan kami sebagai sebuah negara dan rakyat.

Apa yang diperlukan oleh manusia lebih daripada segala-galanya pada hari ini adalah untuk rakyat dan masyarakat menghargai di antara satu sama lain, belajar di antara satu sama lain dan seboleh-bolehnya, menolong di antara satu sama lain.

Justeru itu, dengan semangat seperti ini, Tuan Presiden, kami berasa gembira kerana kami telah mula memperkukuhkan hubungan kami dengan Ukraine.

Kami mempunyai sedikit pengetahuan mengenai Eropah Timor dan apa yang kami ketahui mengenai negara awda sebahagian besarnya diperolehi dari buku-buku.

Dengan cara ini, kami telah belajar mengenai sejarah awda yang panjang dan membanggakan: budaya awda yang unik; kekayaaan sumber semula jadi awda serta begitu banyak bakat dan pencapaian rakyat awda dalam bidang seni, industri dan sukan.

Bilamana kami menerima lawatan Menteri Luar negara awda tahun lepas, kami juga mula mempelajari mengenai penghidupan hari ini di Ukraine.

Kami belajar mengenai aspirasi rakyat awda, perancangan yang perlu direalisasikan oleh kerajaan awda, di samping keprihatinan khusus negara awda terhadap ehwal Eropah dan dunia.

Dalam hal ini. kami ingin mengucapkan tahniah kepada awda, Tuan Presiden, juga kerajaan dan rakyat awda atas pencapaian yang telah diperolehi negara awda sejak dekad yang lalu.

Beta ingin sekali menyampaikan penghargaan terhadap program reformasi ekonomi yang meluas yang telah diusahakan, pada peringkat negeri juga dalam memberikan setiap keluarga Ukraine cara-cara serta kemahiran untuk merancang masa hadapan mereka dengan harapan dan keyakinan.

Kami di Negara Brunei Darussalam telah memulakan perancangan negara yang serupa bagi pembangunan dan kepelbagaian ekonomi dengan tujuan yang sama.

Oleh itu sememangnya menjadi harapan kami untuk mengagih pemikiran serta bertukar-tukar pandangan mengenai kemajuan segala usaha kebangsaan yang penting ini.

Kini kita berada pada peringkat perhubungan kita sebagai negara-negara yang mula menerokai potensinya.

Secara dua hala beta menyaksikan beberapa bidang di mana kerajaan dan masyarakat urus niaga kita berharap untuk meninjau kerjasama di masa hadapan.

Beta yakin lawatan awda akan memberikan dorongan awal.

Beta juga ingin menggalakkan agar para pegawai juga masyarakat urus niaga kita mengambil setiap kesempatan agar perhubungan kita tidak hanya mesra dan bekerjasama, bahkan juga seboleh-bolehnya hendaklah teguh dan kukuh.

Di waktu yang sama, lawatan awda akan mengeratkan lagi hubungan kita sebagai teman dan rakan kongsi dalam ehwal antarabangsa, terutama sekali melalui Bangsa-Bangsa Bersatu di mana muhibah dan persefahaman di kalangan ahli merupakan tenaga penting bagi kemajuan pada hari ini.

Justeru itu sekali lagi beta mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana mendapat penghormatan dengan lawatan awda, Tuan Presiden.

Tuan Presiden dan Puan Kuchma, beta ingin menyampaikan salam hormat kepada rakyat Ukraine juga salam sejahtera beta kepada awda sendiri dengan harapan agar awda berasa gembira sepanjang berada di negara kami.

Terima kasih. Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(c) Istana Nurul Iman

(c) BRUNEIresources.com, 2005. All Rights Reserved.
Best viewed on Mozilla Firefox.
Website designed by Qasrun Nafis (Raw HTML & NotePad).
Background graphic 'jongsarat' designed by the late Musdi Gapar.