B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++ Home | Brunei | His Majesty The Sultan | HRH The Crown Prince | Legislative Council | Government ++
++ Papers | Policy Speeches | Web Links | Financial Planning | Special EDP Program ++

SABDA
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large
di Perasmian Konvensyen Antarabangsa Pembangunan Sumber Tenaga Manusia
di Pusat Persidangan Antarabangsa
pada 18 Januari 2005.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim

BAGI pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, saya mengalu-alukan kedatangan awda, khususnya para pembentang dan peserta dari luar negara yang telah datang dari jauh ke negara ini bagi menghadiri konvensyen ini.

Kami merasa sukacita untuk bersama awda semua dan saya berharap awda semua akan merasa gembira dan selesa tinggal di Negara Brunei Darussalam ini.

Kami juga merasa sukacita untuk hadir di majlis yang berkebajikan ini. Di sini pembangunan sumber tenaga manusia sememangnya menjadi minat di kalangan kita semua.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tak terhingga kepada Tun Dr. Mahathir Mohammed kerana bersekudian untuk bersama kita pada hari ini.

Bukan sahaja Malaysia yang mendapat keuntungan yang besar dari sokongannya bagi pembangunan sumber tenaga manusia pada setiap peringkat masyarakat, tetapi juga rantau dan dunia seluruhnya.

Kita merasa sangat beruntung untuk bersama seorang pemimpin yang terkenal dan kita mengalu-alukan untuk mendengar pemikirannya terhadap tajuk penting yang kita bincangkan hari ini.

Seperti kita semua maklum, Negara Brunei Darussalam mempunyai jumlah penduduk yang kecil dan rakyat kita adalah aset yang terpenting dalam pembangunan negara. Kita berhasrat untuk membangun ekonomi negara yang moden, pelbagai dan berkesinambungan. Untuk mencapai hasrat tersebut dengan jayanya, kita memerlukan keupayaan tenaga manusia bagi memberikan keluarga dan masyarakat di negara ini keyakinan yang berterusan di masa akan datang.

Apa yang penting dalam visi ini ialah rakyat negara ini.

Saya ingin merujuk kembali kepada titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika forum peringkat tinggi APEC mengenai Pembinaan Keupayaan Manusia bagi kemajuan bersama yang diadakan di Beijing kira-kira empat tahun yang lalu.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia menekankan bahawa berikutan kemajuan yang pesat teknologi dan perhubungan, adalah amat penting untuk secara berterusan mengemaskinikan kepakaran rakyat negara ini dan kepakaran seumpamanya hendaklah di bawa ke peringkat kompetitif antarabangsa. Dan bagi mereka yang berkembang maju dalam ekonomi baru, mereka mestilah merasakan mereka juga punya saham dalam kejayaannya.

Ternyata cabaran di sini adalah kekompleksan kepakaran dan pengetahuan yang diperlukan oleh rakyat negara ini untuk menyesuaikan diri dan memahirkannya.

Sejak itu, kita telah menjadi lebih fokus terhadap pembangunan sumber tenaga manusia sebagai kunci kepada pelaburan dalam ekonomi kami. Dengan yang demikian ianya telah diberikan keutamaan yang penting dalam Rancangan Kemajuan Negara.

Negara Brunei Darussalam ketika ini sedang menjalankan kajian konsultatif untuk menilai semula dan mempertingkatkan dasar dan rancangan-rancangan pembangunan sumber tenaga manusia. Ia mengambil kira kepetingan penilaian pendidikan, akademik, vokasional, teknikal dan rancangan-rancangan yang berhubung kait yang dilaksanakan di negara ini.

Apa yang kami hasratkan ialah satu pembentukan formula menyeluruh yang terbaik untuk mencapai tujuan pembangunan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara ini.

Kami memaklumi tentang kehendak baru yang telah ditentukan kedua-duanya pada sektor kerajaan dan swasta untuk mempercepat pemodenan dan mempertingkat kualiti tenaga manusia yang diperlukan.

Cabaran-cabaran tersebut, antara lain yang telah dibawa oleh realiti kompetitif baru dan kepesatan globalisasi, memerlukan pemikiran baru dan keupayaan serta cara pembelajaran dan latihan yang inovatif.

Dengan yang demikian, konvensyen ini melambangkan salah satu usaha gigih kami untuk memperkukuh kompetitif rakyat negara ini dengan terus belajar, bekerja dan belajar semula.

Kita kini tinggal dalam zaman di mana paradigma ekonomi baru yang diwarnai oleh kecepatan, inovasi, kitaran masa yang singkat, kualiti dan pertumbuhan produktiviti yang menekankan kepentingan aset yang tidak terjangkau seperti pengiktirafan jenama, pengetahuan, inovasi dan khususnya modal manusia.

Selalunya, paradigma baru menandakan bermulanya zaman keemasan bagi sumber tenaga manusia di mana modal manusia dianggap sebagai asas pewujudan nilai.

Kebolehan manusia, keupayaan, kepakaran, mudah menyesuaikan diri untuk berubah, pengetahuan, sikap, semangat ingin tahu dan keunggulan pemimpin dan pengurusnya untuk membuat keputusan yang wajar adalah sangat penting bagi kejayaan sesebuah organisasi.

Kualiti-kualiti seumpamanya yang diperlukan adalah lebih diperlukan dalam dunia sekarang.

Berlangsungnya konvensyen ini dengan jelas memperkukuhkan kenyataan tadi. Begitu juga dengan kerajaan dan perniagaan lain yang berjaya.

Mereka mengiktiraf bahawa pembangunan sumber tenaga manusia semakin menjadi bidang penyelidikan, kajian akademik dan perbahasan dalam haknya.

Ia telah berkembang lebih daripada satu pertimbangan pentadbiran sahaja, ia secara tradisinya menyediakan dan sekarang menikmati status yang mengundang satu peranan strategik yang lebih luas dan lebih proaktif, kedua-duanya dalam kerajaan dan aktiviti perniagaan.

Adalah penting bagi pengamal sumber tenaga manusia untuk terus mendalami dan memperluas ilmu pengetahuan mereka untuk membolehkan mereka menyampaikan pemikiran dan idea mereka dengan penuh percaya dan pasti. Adalah juga penting agar keputusan mereka tetap bertahan menentang arus masa bagi kelangsungan pembangunan ekonomi dan sosial negara mereka.

Terdapat anggapan yang semakin berkembang bahawa mereka perlu untuk berupaya bekerja isu yang berfokuskan masalah dan isu yang memerlukan panduan penyelesaian dalam pasukan yang pelbagai bidang dan berupaya untuk membentuk strategi yang mendukung dan memandu pertumbuhan perniagaan.

Tidak dapat tidak, jangkaan sedemikian mempamerkan satu kehendak baru terhadap eksekutif antarabangsa dan pengamal yang ditugaskan dengan membangun dan melaksanakan strategi-strategi ekonomi dan perniagaan.

Dengan yang demikian, Tuan-tuan Yang Terutama, tuan-tuan dan puan-puan, kita semua menyedari tentang kekompleksan pembangunan sumber tenaga manusia dalam ekonomi baru dan cabaran-cabarannya.

Untuk menyedari terhadap cabaran-cabaran tersebut adalah satu perkara. Adalah sama pentingnya bagi kita untuk mempunyai keterbukaan pemikiran dalam mempertimbangkan idea dan cadangan-cadangan oleh kajian-kajian dan penyelidikan antarabangsa.

Di sinilah kita memerlukan bantuan, nasihat dan dukungan pakar antarabangsa seperti awda. Saya berharap apa yang akan dibentangkan oleh para pembentang yang terkenal akan membolehkan semua peserta untuk berkongsi penyelesaian sebenar terhadap isu pembangunan sumber tenaga manusia serta membantu kita dalam menilai kekuatan dan kelemahan, mementingkan bidang cabaran dan menentukan strategi praktikal yang mengatasi isu-isu berkenaan.

Saya pasti awda semua akan membentuk satu tindakan menyeluruh dan saya meyakinkan awda semua bahawa semua kami di Negara Brunei Darussalam, kedua-duanya di sektor kerajaan dan awam sangat berminat untuk mendengar dan belajar dari awda.

Saya percaya bahawa pembentangan dalam konvensyen ini akan menyediakan eksekutif sumber tenaga manusia dan pengamalnya dengan gabungan strategi langkah-langkah berani dan penyelesaian yang berfungsi bagi faedah semua ahli organisasi kita.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang telibat dalam mengendalikan konvensyen dan pameran ini. Kerja keras dan dedikasi awda adalah sangat dihargai.

Bagi semua peserta, saya mengucapkan selamat bergembira dan berjaya dalam konvensyen ini dan kepada semua pembentang yang terkenal, kami sangat menghargai keikhlasan awda untuk berkongsi pemikiran dan kepakaran.

Saya berharap konvensyen ini berjalan dengan jayanya.

Dengan kalimah Bismillahir Rahamanir Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Konvensyen dan Pameran Antarabangsa ini.

Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.

(c) Ministry of Foreign Affairs

(c) BRUNEIresources.com, 2005. All Rights Reserved.
Best viewed on Mozilla Firefox.
Website designed by Qasrun Nafis (Raw HTML & NotePad).
Background graphic 'jongsarat' designed by the late Musdi Gapar.